1. pesanan Imam Hassan Al-Basri: "Jadilah kamu hamba Allah (yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana) jangan menjadi hamba Ramadan (yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadan)"
2. pesanan dari Rasulullah SAW - daripada Umar bin Khathab RA berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya segala amalan itu tergantung pada NIATnya. Dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasulNya, ia akan sampai pada Allah dan RasulNya. dan barang siapa hijrahnya menuju dunia yang akan diperolehnya atau menuju wanita yang akan dinikahinya, ia akan mendapatkan apa yang dituju." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
3. Hadis Riwayat Tabrani
Bulan Ramadhan ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat pertengahan dipenuhi dengan keampunan dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus dari neraka
4. Wahai Orang-orang yang beriman!diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa(Al-Baqarah 183)
5. Apakah yang paling ringan didunia.Yang paling ringan didunia adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita dengan mudah meninggalkan solat.
6. Apakah yang paling tajam didunia.Yang paling tajam didunia adalah LIDAH. Kerana dengan lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
Assalamualaikum pada pengunjung yang melawat ke BLOG kami...kami mengucapkan Salam Ramadhan....mudah-mudahan puasa kita pada kali ini bukan sekadar lapar dan dahaga malah kita mahu selepas perginya Ramadhan kita telah memiliki Ijazah Ramadhan iaitu ketaqwaan kepada Allah...sama-sama kita doakan...