25 January 2011

Ikhtilat


Apakah itu ikhtilat? Adakah lelaki langsung tidak memandang wanita dengan menundukkan pandangan sehingga hampir terlanggar tiang? Ketika berprogram, adakah harus diasingkan antara lelaki dengan perempuan supaya terjaga? Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, langit dan bumi, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, dan banyak lagi sebenarnya. 


 Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Salah satu contoh yang dapat kita lihat adalah dalam kejadian manusia, Allah telah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.

Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kucar-kacir. Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam.






Namun apa sudah terjadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi, bebas bergaul tanpa batasnya, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.


Saya menyarankan ikhtilat adalah baik sama ada lelaki mahupun wanita, masing-masing haruslah tidak melayan perasaan sehingga boleh menghanyutkan diri sendiri ke dalam kehinaan.Si lelaki tidak akan berjalan berdekatan si wanita, begitu juga tidak akan berjalan belakang si wanita.Jika mahu berjalan bersebelahan sekalipun, ia mesti dalam jarak yang jauh untuk menjaga perasaan. Si wanita tidak akan keterlaluan dalam melembutkan suara sehingga mampu menggoda dan merangsang, dan tidak menunjukkan aksi-aksi yang boleh menimbulkan rasa yang kurang baik dalam hati wanita.


Kedua-duanya pasti tidak akan tenggelam dalam percintaan sehingga bahasa SAYANG menguasai menyebabkan hidup tidak tenang dan tenteram. Ikhtilat dengan tidak berada berdekatan secara dekat semasa mengadakan mesyuarat, mahupun berada di tempat tertentu sudah cukup baik, jika dibandingkan dengan gejala berpegangan tangan dan berjalan-jalan di waktu malam tanpa had batasan. Ikhtilat adalah satu kaedah pencegahan sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini berdasarkan slogan JANGAN SEKALI KAMU DEKATI ZINA.


Kenapa perlu si lelaki sentiasa bertemu si wanita atas alasan rindu dan sayang seolah-olah mereka tidak punya masa untuk mencurahkan rindu kepada Tuhan yang Maha Esa.Kenapa dihabiskan duit si dia terlalu banyak sedangkan duit untuk perjuangan islam langsung tidak pernah dihulurkan. Saya mengingatkan kepada yang asyik bercinta.Berhubungan dengan wanita, atau dengan lelaki, adalah dengan tujuan untuk saling lengkap-melengkapi dan untuk memudahkan urusan. Jika magnet itu terangsang, maka salurlah dengan cara yang paling baik – yakni kahwin. Wanita yang sepatutnya malu akan bertambah malu lagi,begiu juga dengan lelaki.


Diriku terfikir sejenak.Ada juga diantara kita yang terlibat (peringatan buat diri yang hina ini juga) yakni yang hafal Al-Quran ataupun tak, yang faham agama pun tak kurang juga dalam hebat berkata-kata.Sejauh mana pemahaman orang yang hafal Al-Quran itu terhadap bab-bab ikhtilat ini..sejauh mana fahaman yg faham agama itu terhadap masalah ini.. apa yang ana nampak mereka2 inilah yang melangkah jauh dalam bab ikhtilat ini..padahal merekalah pembawa kalam Allah itu..bukankah sedih???? orang yang faham agama dengan sebetul2nya boleh terlibat dgn ini apatah lagi mereka2 diluar sana yg xmemahami or xtaw lgsg..ramai yg memberi alasan dgn berkata ini adalah urusan kerja..awal2 mmgla urusan kerja..lama2,mulalah berlarutan dgn soklan2 yg xspttnya..wujudkah cinta ana enti/ana enta???..ramai yg berjanji akan menunggu antara satu sm lain kerana jarak yg memisahkan..xpun kerana takut si dia itu kita tak miliki..namun pernahkah kita terfikir keberkatan dalam apa yg kita lakukan ni??? TEPUK DADA TANYA IMAN..syaitan sgt bijak..mudah sj syaitan nak menyesatkan kita..perkara2 seperti inilah slh2 1 cr syaitan..bodohnya kita!!! kita terperanjat..kita masuk dalam perangkat syaitan..jangan hairan nanti bilamana suatu saat  berlakunya keruntuhan moral n akhlak yg sgt2 teruk pd golongan2 muda disebabkan bab2 ikhtilaf ini..apa peranan kita????


Ayuh pemuda!! bangkitlah…Islam memerlukan INSAN MUJAHID BERJIWA HAMBA..bukannya yg membawa kpd kelalaian..


Ayuh pemuda!! bangunlah..dengan gagah,,gunakanlah 9 akal yg dikurniakan itu..jgn kau kalah pd 1 nafsumu itu.


Ayuh pemudi!! sedarlah..ketegasanmu benteng AGAMA..


Ayuh pemudi!! tangkislah..syadidkan lah dirimu sekiranya itu perlu..jangan sekali2 kau lemah..
ISLAM MEMERLUKAN INSAN2 YANG BERJIWA PEJUANG!!!!!!