18 March 2011

Pesanan Kepada Muslimah Sekalian

Kadangkala, tika diri ini menenangkan minda dari memikir2 perkara yg rumit ataupun merehatkan minda dari kerja rumah yg melelahkan,terlihat lah akan individu2 yang menyatakan diri mereka Muslimah meletakkan gambar2 mereka pada page mereka.Tidak kiralah samada di Friendster, Myspace, mahupon blog sekalipun.Tidak lupa juga bagi mereka yg menggunakan ym sebagai medium perhubungan.Terbit rasa hairan di dalam hati ini.Di manakah perginya rasa malu mereka?


Baiklah,mungkin ramai yg membaca perkara ini merasa pelik.Mungkin juga masing2 sudah memasang ayat bagaimana mahu melawan apa yang ana taipkan selepas ini.Ana amatlah berharap antunna (khususnya) dapat membuka pintu hati masing2 dan bersedia untuk menerima apa yang ana mahu perkatakan selepas ini.

Ana mulakan dengan persoalan..

Perlukah diupload gambar untuk totonan umum.?Mengapa?

1.Supaya orang yang tak kenal aku pun boleh kenal aku.
2.Supaya orang yang dah kenal aku boleh melihat aku selalu.
3.Supaya friendster/myspace/facebook aku jadi kunjungan ramai.

Semua di atas adalah sebahagian survey ana terhadap pemilik2 Fb/Fs/Ms/Ym dan respon mereka...


KERANA GAMBARMU ITU BEGITU BERHARGA

Inilah jawapan ana.Tidakkah kamu Muslimah merasakan gambarmu itu sungguh berharga? Adakah kamu fikir wajahmu diciptakan semata2 untuk pandangan umum?Tak salah rasanya jika ana mengatakan ramai yang bangga meletakkan gambar dengan niat mahu mempertontonkan kecantikan yang telah dikurniakan Allah kepadanya.

Adakah kamu fikir kebarangkalian gambarmu itu dijadikan bahan bagi Muslim meruntuhkan IMAN mereka? Sanggupkah kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang Muslim?Adakah kamu tahu apa yang mereka bualkan dibelakang kamu?MasyaAllah,ana sayang dengan entum semua.

Tidakkah kamu ingat bahawa gambar2 di alam maya ini boleh di'save' dengan mudah dengan hanya menekan bahagian kanan tetikus dan mengelik pada Save As sahaja boleh menjadikan gambarmu itu diabadikan di dalam komputer kaum adam?Pernahkah kamu terfikir?


MUSLIMAH DAN GAMBAR


Perlu ana tekankan di sini bahawa ana bukanlah musuh2 kamu semua, bukanlah mahu mengaibkan ataupun menghentam antunna semua.Tapi ana adalah saudara seislam mu yang enggan melihat wajah2mu menjadi tontonan umum.Tidak rela melihat mukamu dipaparkan sewenang2nya di alam maya.Meskipun antunna sudah lengkap menutup aurat,namun kadangkala fitnah mudah dan sering berlaku walaupun dengan paparan muka.

Sabda Nabi SAW: Perempuan itu boleh menjadi sebaik2 anak panah bagi syaitan (mafhum hadis)

Sedarlah muslimah sekalian,sudah tiba masanya antunna sedar bahawa wajahmu itu hanya Halal dilihat berkali2 oleh mereka yang betul2 layak sahaja.Tidak perlulah berbangga dengan apa yang telah Allah anugerahkan kepadamu.Na'uzubillah~Jika kamu semua tetap tidak mahu membuang gambarmu dari alam maya ini dengan seribu satu alasan,hanya satu pesan ana.Berhati-hatilah!!!


*Sama-sama kita ambil pengajaran